Menurut Rogers(2003), elemen yang terpenting dalam teori peresapan adalah
1. Inovasi
2. Saluran Komunikasi
3. Masa
4. Sosial Sistem
Elemen-elemen ini terkandung dalam definisi teori peresapan inovasi yang menyatakan bahawa: "difusi inovasi merupakan proses penyebaran inovasi kepada anggota sistem sosial melalui saluran komunikasitertentu dalam jangka masa tertentu.
Apa itu inovasi?
Menurut Rogers, inovasi bermaksud idea, amalan atau bahan yang dianggap sebagai baru terhadap kepada seseorang individu atau sistem sosial. Namun, perkataan baru dalam konteks inovasi bukan sahaja bahan atau idea yang baru sahaja. Sesuatu idea atau bahan yang telah wujud lama tetapi masih belum pernah digunakan oleh seseorang atau masyarakat tertentu juga dikira sebagai inovasi.
Sebagai contoh, pensel. Penggunaan pensel untuk menulis bukan merupakan inovasi kepada kami yang telah biasa menggunakannya, tetapi ia berkemungkinan merupakan satu inovasi terhadap orang-orang asli yang tidak pernah menjumpainya sebelum ini.
Contoh lain seperti derma darah. Seseorang individu mungkin telah mengetahui dan mempunyai kesedaran terhadap kempen derma darah, cuma dia belum menunjukkan sama ada menerima atau menolaknya. Maka, konsep inovasi baru adalah bergantung kepada keputusan semasa yang dibuat oleh seseorang pengguna atau pengamal inovasi itu.
Dalam inovasi ini, terdapat 5 atribut atau ciri-ciri dalam sesuatu inovasi, iaitu
1. Kelebihan relatif
2. Keserasian
3. Kerumitan
4. Mudah untuk percubaan
Contoh:
Ciri-ciri inovasi |
Apa itu Saluran Komunikasi?
Setelah mengenalpasti ciri-ciri inovasi, usaha harus dijalankan untuk menyebar/ memperomosikan idea, amalan atau bahan berkenaan. Menurut Rogers (2003), "komunikasi merupakan satu proses di mana seseorang membentuk dan berkongsi maklumat antara satu sama lain untuk mencapai persefahaman bersama." Terdapat 2 saluran komunikasi yang biasa digunakan untuk menyebar sesuatu inovasi iaitu saluran media massa dan saluran interpersonal.
Media massa merupakan saluran yang paling berkesan pada peringkat memberi pengetahuan dan pendedahan kepada orang ramai tentang sesuatu inovasi. Contoh-contoh media massa adalah seperti TV, radio, surat khabar dan internet.
Manakala, saluran interpersonal paling efektif pada peringkat membentuk dan menukar sikap seseorang terhadap sesuatu inovasi. Ia akan mempengaruhi keputusan seseorang untuk menerima atau menolak sesuatu inovasi.Dalam saluran interpersonal, komunikasi melibatkan ciri-ciri homophily dan heterophily.
Selain itu, saluran komunikasi boleh dikategorikan kepada localite dan cosmopolite yang menunjukkan komunikasi antara individu dalam sistem sosial dan sumber-sumber dari luar. Saluran interpersonal boleh menjadi localite ataupun cosmopolite, manakala saluran media massa adalah cosmopolite.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa itu Masa?
Masa yang dimaksudkan dalam proses peresapan terlibat dalam
1. Proses peresapan-inovasi
2. Kategori penerima inovasi
3. Kadar penerimaan inovasi
Proses keputusan-inovasi proses yang dilalui oleh seseorang individu bermula dari pengenalan kepada sesuatu inovasi,membentuk sikap,memutuskan untuk menggunakannya atau menolaknya, mengimplikasikan inovasi dan konfirmasi penggunaan inovasi tersebut.
1. Pengetahuan
Pengenalan kepada sesuatu inovasi baru serta fungsinya.
2. Persuasi
Persuasi terjadi ketika seseorang membentuk sikap suka
atau tidak terhadap inovasi. Kemungkinan besar ia bergantung kepada ciri-ciri inovasi.
3. Keputusan
Peringkat keputusan adalah
seseorang membuat keputusan menerima atau menolak inovasi tersebut.
4. Pelaksanaan
Pelaksanaan berlaku apabila seseorang menggunakan inovasi itu.
5. Konfirmasi
Konformasi
berlaku apabila seseorang menggunakan sesuatu
inovasi dalam rutin kerja atau kehidupan sehariannya.Pada peringkat ini, seseorang individu akan berusaha untuk
mengelakkan berlakunya percanggahan (Dissonance).~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa i tu
sistem sosial?
Sosial sistem yang berlainan mempunyai nilai, norma, kepercayaan, pengetahuan, pendidikan, dan taraf sosial ekonomi yang berlainan. Perbezaan ini akan mempengaruhi kadar penerimaan dan pelaksanaan sesuatu inovasi. Biasanya, sistem sosial yang lebih mengamalkan nilai-nilai tradisional(luar bandar) akan membawa kadar perubahan yang lebih lambat daripada sistem sosial yang mengamalkan nilai-nilai moden (bandar).
*Jurang KAP (KAP gap), Knowledge(K), Attitude(A), Practice(P)
Berlaku apabila seseorang telah mengetahui tentang sesuatu inovasi dan menunjukkan sikap suka terhadapnya, tapi akhirnya tidak menerima pakai inovasi tersebut.
Maka individu itu telah terdorong untuk menerima pakai inovasi oleh percanggahan antara apa yang dia percaya dengan apa yang dia melakukan. Tingkah laku ini biasanya berlaku pada peringkat keputusan dan implementasi.
Rujukan
Sosial sistem yang berlainan mempunyai nilai, norma, kepercayaan, pengetahuan, pendidikan, dan taraf sosial ekonomi yang berlainan. Perbezaan ini akan mempengaruhi kadar penerimaan dan pelaksanaan sesuatu inovasi. Biasanya, sistem sosial yang lebih mengamalkan nilai-nilai tradisional(luar bandar) akan membawa kadar perubahan yang lebih lambat daripada sistem sosial yang mengamalkan nilai-nilai moden (bandar).
*Jurang KAP (KAP gap), Knowledge(K), Attitude(A), Practice(P)
Berlaku apabila seseorang telah mengetahui tentang sesuatu inovasi dan menunjukkan sikap suka terhadapnya, tapi akhirnya tidak menerima pakai inovasi tersebut.
Maka individu itu telah terdorong untuk menerima pakai inovasi oleh percanggahan antara apa yang dia percaya dengan apa yang dia melakukan. Tingkah laku ini biasanya berlaku pada peringkat keputusan dan implementasi.
Rujukan
Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations (5th ed.). New
York: Free Press.
No comments:
Post a Comment