Showing posts with label DOI. Show all posts
Showing posts with label DOI. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

Homophily Vs Heterophily

Peresapan(diffusion) merupakan satu proses sosial yang melibatkan hubungan komunikasi interpersonal(Rogers, 2003). Oleh itu, saluran komunikasi secara interpeosonal yang mempunyai dua ciri iaitu homophily dan heterophily akan mempengaruhi proses peresapan.

Homophily
Homophily bermakna darjah yang sama di antara sepasang individu yang berinteraksi atau tahap di mana individu yang berinteraksi mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi keprcayaan, pendidikan, status sosial ekonomi dan sebagainya. Individu yang berkomunikasi secara homophily mempunyai hubungan yang lebih rapat di antara satu sama lain. Komunikasi antara mereka menjadi lebih berkesan kerana mereka berkongsi pengalaman yang sama dan saling memahami antara satu sama lain. Sebagai contoh, komunikasi antara guru dengan guru di sekolah yang sama , pekebun sayur dengan pekebun sayur dan sebagainya.

Heterophily
Heterophily bermakna darjah yang berlainan di antara individu-individu yang berinteraksi dalam satu sistem social. Mereka mempunyai ciri-ciri dan latar berlakang yang berlainan.Kompetensi teknikal, status sosial ekonomi, kepercayaan, bahasa yang berlainan akan menyebabkan kesilapan interprestasi. Sebagai contoh, seorang penduduk kampung mungkin menghadapi masalah untuk memahami konsep glablisasi yang diterangkan oleh seorang profesor. Walau bagaimanapun, komunikasi secara heterophily mempunyai potensi untuk memberi maklumat khusus. rangkainan Heterophily sering menghubungkaitkan dua kumpulan yang berbeza dari segi sosial dalam sistem. Oleh itu, rangkaian secara heterophily penting sebagai 'jambatan' untuk menyampaikan maklumat inovasi.

Walaupun  komunikasi secara homophily boleh mempercepatkan proses peresapan tetapi ia mengehadkan proses penyebaran sesuatu inovasi kepada individu yang berhubung dalam rangkaian yang sama. Akhiranya proses peresapan boleh berlaku hanya melalui hubungan komunikasi yang sekurang-kurangnya ada sedikit unsur heterophily.

Homophily boleh bertindak sebagai halangan tersirat bagi sesuatu inovasi. Idea baru biasanya memasuki ke dalam sesuatu sistem melalui ahli yang lebih tinggi status dan lebih berinovatif.

Sekiranya individu elit hanya berinteraksi antara sama mereka secara homophily, maka inovasi tidak dapat 'menitis ke bawah'untuk individu yang non-elit.Homophily menyebabkan inovasi baru menyebar secara horizontal(melintang) tetapi bukan menegak dalam satu sistem .

Maka agen perubahan harus bekerjasama dengan beberaoa se "opinion Leader" yang berbeza dalam sesuatu sosial sistem.

Tuesday, January 6, 2015

Kenapa tidak meneruskan sesuatu inovasi?

Pada peringkat konfirmasi, mungkin berlaku perubahan keputusan iaitu menolak sesuatu inovasi.Ia mungkin berlaku dalam dua keadaan iaitu "dissonance" dan "discontinuance".

Dissonance bermaksud percanggahan.
Perubahan tingkah laku manusia sering didorong oleh keadaan ketidakseimbangan dalaman atau percanggahan, iaitu suatu keadaan yang tidak selesa pada minda yang seseorang individu ingin mengurangkan atau menghapuskannya.


Discontinuance bermaksud berhenti.
Seseorang berhenti menerima atau mengguna sesuatu inovasi akan berlaku dalam dua keadaan, iaitu 1. replacement  dan 2. disenchantment.

Penggantian(replacement)berlaku disebabkan oleh sesuatu idea ditolak kerana terdapat idea yang lebih baik daripadanya.Sebagai contoh, email telah menggantikan pos mail, smart phone telah menggantikan house phone.

Kekecewaan (disenchantment) berlaku disebabkan oleh seseorang individu tidak berpuas hati dengan inovasi tersebut.Ia berlaku mungkin adalah disebabkan inovasi ini tidak bersesuaian dengan keperluan seseorang dari segi kelebihan relatifnya,  tidak selamat digunakan, ataupun seseorang individu telah menyalahgunakannya.

Biasanya penerima lewat menunjukkan kadar berhenti yang lebih tinggi daripada penerima awal.


Thursday, January 1, 2015

Hypodermic Needle Model & The Two-Step Flow Model

Hypodermic Needle Model & The Two-Step Flow Model adalh 2 model yang dinyatakan oleh Rogers (2003) yang berkaitan dengan komunikasi.

Hypodermic Needle Model
Ia menerangkan bahawa arus komunikasi disampaikan secara satu arus sahaja, iaitu daripada media massa kepada orang ramai dengan segera. Model ini menekankan bahawa media massa mempunyai kesan secara langsung kepada suatu sistem sosial. Khalayak ramai memainkan peranan yang pasif manakala media massa memainkan peranan yang aktif untuk mempengaruhi orang ramai. Namun, model ini terlalu ringkas dan kurang teliti untuk memberi penerangan yang tepat bagi kesan media. Ia telah mengabaikan peranan "opinion leader'.

The Two-step Flow Model
Model ini menyatakan bahawa mesej komunikasi adalah berasal dari satu sumber melalui saluran media massa kepada 'opinion leader' dan seterusnya menyampaikan kepada pengikutnya. Fokusnya adalah pada interface antara saluran komunikasi mass dan saluran komunikasi secara interpersonal.
Model ini mempunyai beberapa kelemahan seperti:
1. Ia mengabaikan turutan masa.
2. 'Opinion leader' bukan satu-satunya individu yang menggunakan saluran komunikasi massa, kemungkinan juga individu dalam sistem ini telah terdedah kepada saluran komunikasi.
3. Aliran komunikasi antara manusia jauh rumit daripada 2 langkah.


Monday, December 1, 2014

Diffusion of Innovation

2. Diffusion of Innovation
Menurut Rogers(2003), elemen yang terpenting dalam teori peresapan adalah
1. Inovasi
2. Saluran Komunikasi
3. Masa
4. Sosial Sistem

Elemen-elemen ini terkandung dalam definisi teori peresapan inovasi yang menyatakan bahawa: "difusi inovasi merupakan proses penyebaran inovasi kepada anggota sistem sosial melalui saluran komunikasitertentu dalam jangka masa tertentu.


Apa itu inovasi?
Menurut Rogers, inovasi bermaksud idea, amalan atau bahan yang dianggap sebagai baru terhadap kepada seseorang individu atau sistem sosial. Namun, perkataan baru dalam konteks inovasi bukan sahaja bahan atau idea yang baru sahaja. Sesuatu idea atau bahan yang telah wujud lama tetapi masih belum pernah digunakan oleh seseorang atau masyarakat tertentu juga dikira sebagai inovasi.

Sebagai contoh, pensel. Penggunaan pensel untuk menulis bukan merupakan inovasi kepada kami yang telah biasa menggunakannya, tetapi ia berkemungkinan merupakan satu inovasi terhadap orang-orang asli yang tidak pernah menjumpainya sebelum ini.

Contoh lain seperti derma darah. Seseorang individu mungkin telah mengetahui dan mempunyai kesedaran terhadap kempen derma darah, cuma dia belum menunjukkan sama ada menerima atau menolaknya. Maka, konsep inovasi baru adalah bergantung kepada keputusan semasa yang dibuat oleh seseorang pengguna atau pengamal inovasi itu.

Dalam inovasi ini, terdapat 5 atribut atau ciri-ciri dalam sesuatu inovasi, iaitu
1. Kelebihan relatif
2. Keserasian
3.  Kerumitan
4.   Mudah untuk percubaan
5.   Mudah untuk pemerhatian

Contoh:


Ciri-ciri inovasi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apa itu Saluran Komunikasi?

Setelah mengenalpasti ciri-ciri inovasi, usaha harus dijalankan untuk menyebar/ memperomosikan idea, amalan atau bahan berkenaan. Menurut Rogers (2003), "komunikasi merupakan satu proses di mana seseorang membentuk dan berkongsi maklumat antara satu sama lain untuk mencapai persefahaman bersama." Terdapat 2 saluran komunikasi yang biasa digunakan untuk menyebar sesuatu inovasi iaitu saluran media massa dan saluran interpersonal. 

Media massa merupakan saluran yang paling berkesan pada peringkat memberi pengetahuan dan pendedahan kepada orang ramai tentang sesuatu inovasi. Contoh-contoh media massa adalah seperti TV, radio, surat khabar dan internet.


Manakala, saluran interpersonal paling efektif pada peringkat membentuk dan menukar sikap seseorang terhadap sesuatu inovasi. Ia akan mempengaruhi keputusan seseorang untuk menerima atau menolak sesuatu inovasi.Dalam saluran interpersonal, komunikasi melibatkan ciri-ciri homophily dan heterophily.

Selain itu, saluran komunikasi boleh dikategorikan kepada localite dan cosmopolite yang menunjukkan komunikasi antara individu dalam sistem sosial dan sumber-sumber dari luar. Saluran interpersonal boleh menjadi localite ataupun cosmopolite, manakala saluran media massa adalah cosmopolite.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apa itu Masa?

Masa yang dimaksudkan dalam proses peresapan terlibat dalam
1. Proses peresapan-inovasi
2. Kategori penerima inovasi
3. Kadar penerimaan inovasi

Proses keputusan-inovasi proses yang dilalui oleh seseorang individu bermula dari pengenalan kepada sesuatu inovasi,membentuk sikap,memutuskan untuk menggunakannya atau menolaknya, mengimplikasikan inovasi dan konfirmasi penggunaan inovasi tersebut. 

1. Pengetahuan
Pengenalan kepada sesuatu inovasi baru serta fungsinya.
2. Persuasi
Persuasi terjadi ketika seseorang membentuk sikap suka atau tidak terhadap  inovasi.  Kemungkinan   besar       ia bergantung   kepada   ciri-ciri   inovasi. 
3. Keputusan
Peringkat keputusan adalah seseorang membuat keputusan menerima atau menolak inovasi tersebut. 
4. Pelaksanaan
Pelaksanaan berlaku apabila seseorang menggunakan inovasi itu.
5. Konfirmasi
Konformasi  berlaku  apabila  seseorang  menggunakan  sesuatu  inovasi  dalam  rutin  kerja  atau  kehidupan sehariannya.Pada peringkat ini, seseorang individu akan berusaha untuk mengelakkan berlakunya percanggahan (Dissonance).





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apa  i tu  sistem  sosial?
Sosial sistem  yang  berlainan  mempunyai  nilai, norma, kepercayaan, pengetahuan,  pendidikan, dan  taraf  sosial  ekonomi  yang  berlainan. Perbezaan  ini  akan  mempengaruhi  kadar  penerimaan  dan  pelaksanaan  sesuatu  inovasi. Biasanya,  sistem  sosial  yang  lebih  mengamalkan  nilai-nilai  tradisional(luar bandar) akan  membawa  kadar  perubahan  yang  lebih  lambat  daripada  sistem  sosial  yang  mengamalkan nilai-nilai  moden (bandar).


*Jurang KAP (KAP gap), Knowledge(K), Attitude(A), Practice(P)
Berlaku apabila seseorang telah mengetahui tentang sesuatu inovasi dan menunjukkan sikap suka terhadapnya, tapi akhirnya tidak menerima pakai inovasi tersebut.
Maka individu itu telah terdorong untuk menerima pakai inovasi oleh percanggahan antara apa yang dia percaya dengan apa yang dia melakukan. Tingkah laku ini biasanya berlaku pada peringkat keputusan dan implementasi.


Rujukan

Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations (5th ed.). New York: Free Press.