Peresapan(diffusion) merupakan satu proses sosial yang melibatkan hubungan komunikasi interpersonal(Rogers, 2003). Oleh itu, saluran komunikasi secara interpeosonal yang mempunyai dua ciri iaitu homophily dan heterophily akan mempengaruhi proses peresapan.
Homophily
Homophily bermakna darjah yang sama di antara sepasang individu yang berinteraksi atau tahap di mana individu yang berinteraksi mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi keprcayaan, pendidikan, status sosial ekonomi dan sebagainya. Individu yang berkomunikasi secara homophily mempunyai hubungan yang lebih rapat di antara satu sama lain. Komunikasi antara mereka menjadi lebih berkesan kerana mereka berkongsi pengalaman yang sama dan saling memahami antara satu sama lain. Sebagai contoh, komunikasi antara guru dengan guru di sekolah yang sama , pekebun sayur dengan pekebun sayur dan sebagainya.
Heterophily
Heterophily bermakna darjah yang berlainan di antara individu-individu yang berinteraksi dalam satu sistem social. Mereka mempunyai ciri-ciri dan latar berlakang yang berlainan.Kompetensi teknikal, status sosial ekonomi, kepercayaan, bahasa yang berlainan akan menyebabkan kesilapan interprestasi. Sebagai contoh, seorang penduduk kampung mungkin menghadapi masalah untuk memahami konsep glablisasi yang diterangkan oleh seorang profesor. Walau bagaimanapun, komunikasi secara heterophily mempunyai potensi untuk memberi maklumat khusus. rangkainan Heterophily sering menghubungkaitkan dua kumpulan yang berbeza dari segi sosial dalam sistem. Oleh itu, rangkaian secara heterophily penting sebagai 'jambatan' untuk menyampaikan maklumat inovasi.
Walaupun komunikasi secara homophily boleh mempercepatkan proses peresapan tetapi ia mengehadkan proses penyebaran sesuatu inovasi kepada individu yang berhubung dalam rangkaian yang sama. Akhiranya proses peresapan boleh berlaku hanya melalui hubungan komunikasi yang sekurang-kurangnya ada sedikit unsur heterophily.
Homophily boleh bertindak sebagai halangan tersirat bagi sesuatu inovasi. Idea baru biasanya memasuki ke dalam sesuatu sistem melalui ahli yang lebih tinggi status dan lebih berinovatif.
Sekiranya individu elit hanya berinteraksi antara sama mereka secara homophily, maka inovasi tidak dapat 'menitis ke bawah'untuk individu yang non-elit.Homophily menyebabkan inovasi baru menyebar secara horizontal(melintang) tetapi bukan menegak dalam satu sistem .
Maka agen perubahan harus bekerjasama dengan beberaoa se "opinion Leader" yang berbeza dalam sesuatu sosial sistem.
No comments:
Post a Comment